Ahad, 19 Ogos 2012

Asalamualaikum warga blogger..apa-apa pertama kali kemaafan ingin aku pohon jika ada kesilapan dan kedaifan semasa aku memulakan segala cerita dan komen aku di alam maya ini.Kerana aku terlalu daif dalam penulisan dan internet.
Ok,aku dilahirkan pada tahun 1967 di melaka dan dibesarkan oleh nenek serta atuk aku di Johor,jadi persekitaran aku membesar hanyalah bersama pakcik dan makcik aku tanpa membesar bersama adik beradik,jadi hingga kehari ini hubungan aku adik beradik boleh dikatakan tidak rapat seperti orang diluar sana.Atuk aku hanya seorang driver disebuah kilang papan,dan ayah aku seorang guru dan pernah memegang jawatan sebagai guru besar sebelum ia menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa aku ditingkatan 1.Jadi sekitar aku membesar agak berbeza dengan adik serta kakak aku,aku cuma bersama pasangan yang sudah tua dan masa itu atuk aku hanya berpendapatan 300 rm sahaja sebulan,untuk membesarkan aku makcik aku serta 2 orang pakcik aku.jadi aku rasa kau orang boleh membezakan cara hidup aku dan adik-adik ku,bukan bermakna aku marah atau berkecil hati dengan semua itu tapi aku rasa beruntung aku mempunyai ramai yang menyayangi aku semasa aku kecil.
Ayah aku giat berpolitik dan sekitar awal 80an ayah aku memegang jawatan ketua pemuda umno bahagian batu berendam.Ayah aku menjadi ahli majlis perbandaran melaka,yang mempunyai plat lambang majlis perbandaran,difahamkan ayah aku tidak perlu membayar tiket meletak kereta disekitar bandar melaka.Semasa itu aku berpendapat wah dahsyat jawatan ayah aku tu.Kalau aku balik kampung masa cuti sekolah dulu rumah ayah aku kerap didatangi oleh orang-orang kampung yang inginkan bantuan serta tandatangan ayah aku untuk bermacam-macam hal,dan ramailah kawan-kawan umno yang akan kerap berhimpun dirumah aku.
Tapi ayah aku tidak berumur panjang,ayah aku mempunyai komplikasi jantung dan hampir setahun ayah aku dimasukkan ke hospital melaka,dan ayah aku perlu ke London untuk membuat pembedahan,sebulan ayah aku London akhirnya ayah aku menghembuskan nafasnya disana dan dibawa pulang ke Melaka untuk dikebumikan.Ramai kawan umno ayah aku yang hadir,dan seingat aku semasa tu Ketua Menteri Melaka adalah Datuk Adib Adam dan ia pun hadir semasa ayah aku dikebumikan.Ramai kawan-kawan ayah aku yang hadir setiap hari dirumah yang ingin membantu kami sekeluarga.Ada yang mengaku sahabat baik,tapi pelahan-lahan itu semua hilang.Akhirnya ibu akulah yg bertungkus-lumus menggarap amanah ayah aku.Susah ibu aku tak pernah dia mengeluh atau mencari kawan-kawan umno arwah ayah aku,cuma ada yang benar-benar sahabat disisi ayah aku ini datangnya dari parti PAS,benar-benar menolong kami,Cikgu Mahadi serta isterinya Makcik Esah,sehingga sekarang masih lagi baik walaupun cikgu mahadi telah lebih 15 tahun pergi mengadap ilahi.
Dan aku pun mula membesar diMelaka bersama ibu aku datuk dan nenek aku pun ikut sama berpindah ke Melaka,dan aku dikenali dikampung kerana ayah aku dikenali,jadi aku disuruh menganggotai pemuda umno la dan macam-macam lagi.Jadi macam-macam kerja umno dikampung yaang aku buat.Pernah membuat kerja-kerja umno dizaman Dato Tamrin ketua pemuda Batu Berendam dan pernah melihat duit sebanyak dua beg untuk diagihkan pada pengundi-pengundi cina.sebab dimasa itu Dato Tamrin bertanding untuk parlimen dan DUN kawasan aku Pak Andak aku yang bertanding,jadi adalah ceritanya,
Macam-macam kerja umno yang dah aku lakukan dahulu,tapi setelah aku berumahtangga dan sudah menetap diKL dan sudah mempunyai anak aku telah tinggalkan semua pasal politik,sebab aku bermula diKL bukan umno yang tolong aku,aku berkerja pun atas sebab umno,aku sendiri.tapi semuanya berubah semasa Dato Seri Anwar ibrahim dipecat aku memilih jalan yang betul pada
peramatan aku ialah tidak menyokong umno lagi.Aku tidak termakan budi oleh kerajaan umno ini,anak-anak aku bersekolah 5 orang dan tak dapat buku pinjaman walaupun gaji aku dibawah 1500rm.....jadi apa istimewanya kerajaan umno ini dihati aku?aku tak bekerja dengan kerajaan aku bayar sendiri duit api air telefon dan semuanya aku bayar sendiri,sampai makan diKFC pun aku kena bayar pada kerajaan umno ni...jadi apa istimewanya kerajaan umno ni,baru 5 tahun kebelakangan ni je kerajaan bayarkan bil air aku,itupun bukan kerajaan umno,kerajaan PR...


aku rasa sampai sini dulu lah,aku pun dah penat rasanya nanti kita sambung..insyaallah jika diizinkan Allah aku akan sambung lagi..sebb cerita aku panjang lagi.tapi maafkan aku kerana tidak berdaya untuk teruskan..doa aku untuk yang membaca blog aku moga dipelihara kesihatan dan kesejahteraan dipermudahkan hidup ini olehNYA YANG MAHA ESA..Amin

assallmualaikum saudara ku semua..